Bantu Penjual

Serahkan urusan penjualan hartanah anda kepada kami, perunding hartanah berpengalaman yang komited memastikan setiap langkah proses jual beli berjalan lancar, selamat, dan menguntungkan.

Pengalaman Luas

Lebih 9 tahun pengalaman dalam membantu penjualan pelbagai jenis hartanah, termasuk rumah, tanah, dan bangunan komersial.

Strategi Pemasaran Terkini

Menggunakan kaedah pemasaran terkini, termasuk iklan berbayar, untuk memastikan hartanah anda mendapat perhatian yang tepat.

Selamat & Berdaftar

Semua transaksi mematuhi undang-undang di bawah LPPEH, memastikan anda dilindungi sepenuhnya.

Masa & Tenaga Dijimatkan

Serahkan segalanya kepada kami – dari pemasaran, pengurusan pembeli, hingga urusan guaman dan pinjaman.

Proses Penjualan Hartanah

Temujanji Bersama Pemilik Rumah

Kami akan mengatur temujanji untuk memberikan khidmat nasihat profesional berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Penilaian, Pentaksiran, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH) serta mengambil lantikan ejen hartanah.

Proses Inspeksi Hartanah

Kami akan menjalankan pemeriksaan terperinci pada hartanah anda. Proses ini dilakukan secara profesional walaupun anda berada jauh dari lokasi hartanah.

Semakan Nilai Hartanah

Penilaian pasaran semasa akan dilakukan berdasarkan keadaan rumah dan kajian terhadap permintaan pasaran. Beberapa penilai profesional akan dirujuk bagi memastikan ketepatan harga.

Aktiviti Pemasaran

Kami menjalankan aktiviti pemasaran bersama jaringan lebih 150 ejen profesional untuk mendapatkan pembeli yang berkualiti dengan cepat.

Pengurusan Panggilan Prospek

Ejen kami akan menguruskan semua panggilan dari prospek pembeli. Anda tidak perlu risau untuk melayan banyak pertanyaan daripada bakal pembeli.

Semakan Kelayakan Pembeli

Setiap bakal pembeli akan melalui proses semakan kelayakan pinjaman sebelum melihat hartanah. Ini memastikan hanya pembeli serius yang dikendalikan.

Urusan Pinjaman

Kami bekerjasama dengan banker untuk menguruskan proses pinjaman bank atau kerajaan bagi memastikan kelancaran dan kejayaan transaksi.

 

Urusan Guaman

Proses guaman disediakan bagi memastikan setiap peringkat transaksi hartanah berjalan lancar sehingga selesai.