Kerjaya
Bina Kerjaya Dalam Bidang Hartanah. Peluang Pendapatan Tanpa Had
Adakah anda bercita-cita untuk memulakan kerjaya yang fleksibel dengan pendapatan menarik? SKY Realtors membuka peluang kepada anda untuk menyertai kami sebagai Perunding Hartanah sama ada secara sepenuh masa atau sambilan.
Kenapa Kerjaya Perunding Hartanah?
Pendapatan Tanpa Had
Anda yang menentukan berapa banyak yang anda mahu peroleh. Dengan usaha gigih, pendapatan bulanan boleh mencapai lima angka atau lebih!
Masa Kerja Fleksibel
Bekerja dari mana-mana, pada bila-bila masa. Tiada lagi terikat kepada waktu pejabat – kerja ikut gaya hidup anda.
Modal Rendah, Pulangan Tinggi
Mulakan kerjaya dengan modal kecil tetapi hasilkan pulangan lumayan, sehingga RM5,000–RM20,000 bagi setiap transaksi.
Platform Profesional & Stabil
Sebagai perunding hartanah berdaftar di bawah LPPEH, kerjaya ini sah di sisi undang-undang dan memberikan kestabilan jangka panjang.
Apa yang Kami Tawarkan?
Skim Komisen Tinggi
Pendapatan menarik melalui struktur komisen yang komprehensif dan bonus tambahan.
Sokongan Sepenuhnya
Sistem e-learning dan platform sokongan lain untuk memudahkan tugas harian anda.
Latihan Profesional
Kursus latihan dengan modul yang mudah difahami untuk menjadikan anda seorang perunding hartanah yang berjaya.
Peluang Kepimpinan
Selain berjaya sebagai perunding, bina kerjaya jangka panjang dengan menjadi pemimpin pasukan.